Assalamualaikum semua :) Lama aku tak update blog nie . Tak semua orang tau , hanya orang-2 yang rapat dalam hidup aku yang tau apa dah jadi kat aku pass few days . Dalam minggu nie , banyak sangat benda jadi . As you know , sekolah aku ada bengkel jawab soalan dekat Dewan Kejora . Tapi bukan tu yang aku nak cerita . Sepanjang bengkel tu , memang banyak sangat benda jadi . Antaranya , handphone Aiez kena curi dekat masjid . Tapi yang mengecewakan aku , handphone tu bukan dicuri dekat dewan . Tapi dekat masjid . Bila pikir balik , aku sedih . Apa nak jadi dengan orang kita sekarang . Mencuri tak kira tempat . Sanggup dia mencuri dekat rumah Allah ? Memang dah tak ingat azab kan ? To my friend , bersabarlah . Orang tu mesti dibalas dengan azab yang setimpal . Mencuri kat masjid ?? Kau tunggu je lahh balasan kau !
Cerita aku bukan habis setakat tu je , tapi petang hari yang sama handphone kawan aku kena curi , handphone aku pulak dirampas sebab kesilapan aku sendiri . Hai , apalah nasib . Salah aku jugak , takpe lah . Yang penting aku dah baik dengan mak aku . Kenapa handphone aku kena rampas ? Sorry benda tu sangat-2 private . Harap korang faham . Dan sekarang , aku harap hidup aku berubah 100% Aku tak tau kenapa , dunia aku rasa gelap sekarang . Mungkin sebab banyak sangat dosa aku dekat parents aku , kawan-2 , atau sesiapa yang dekat dengan diri aku . Well , aku manusia biasa yang sentiasa buat silap . Harap sesiapa yang pernah terasa dengan aku maafkan aku . Mulut aku memang laser , tapi hakikatnya aku tak maksudkan apa yang aku cakap tu . Ayat aku , nampak macam tak serius . Tapi yang betulnya , aku memang betul-2 serius . Forgive me ,
Dekat masjid pun nak mencuri kan. Jahat betul =)
ReplyDeletehttp://thenurulee.blogspot.com/2012/07/le-complain-day.html
itulah manusia , tak pernah puas .
DeleteLOVE IS FRIENDSHIP SET ON FIRE. Sungguh betul..
ReplyDeletetakpe. ujian mematangkan kita. b strong >.<
ReplyDelete